Pendaftaran KerjayaGig & Muat Turun Aplikasi MyDesa (PEMERKASA)
20 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 19 September 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Bukit Tandak telah mengadakan perkongsian secara fizikal tentang pendaftaran KerjayaGig dan cara memuat turun aplikasi MyDesa (PEMERKASA). Sepanjang berkongsian ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Tujuan perkongsian ini diadakan adalah untuk membantu peserta tentang pendaftaran dan cara memuat turun aplikasi ‘MyDesa’. Perkongsian ini dibuat bagi meringakan beban peserta dari segi pencari pekerjaan, kewangan dan cara untuk memulakan perniagaan menggunakan laman sesawang seperti ‘MyDesa’.
Sepanjang perkongsian ini, peserta mendapat penerangan tentang KerjayaGig dan aplikasi ‘MyDesa’. Dimana KerjayaGig merupakan bantuan kerajaan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara bagi menjamin keselamatan sosial dan kebajikan bagi golongan Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang melibatkan aktiviti pekerjaan ekonomi gig. Hal ini kerana sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berlakunya peningkatan terhadap permintaan ke atas perkhidmatan dab pekerjaan berlandaskan ekonomi gig.
Selain daripada itu, peserta juga mendapat maklumat tentang kelebihan perkongsiaan ini dibuat. Sebagai contoh, membuka peluang pekerjaan jangka pendek sehingga peserta memperoleh kekerjaan sepenuh masa. Antarannya golongan hilang upaya, ibu tunggal, ketua keluarga kurang berkemampuan, penganggur termasuk graduan yang menganggur lebih daripada 180 hari. Seterusnya peserta dapat menambah pendapatan dan mengukuhkan ekonomi melalui inisiatif belia yang disediakan untuk peserta berniaga dengan modal mampu milik. Yang terakhir, peserta juga mendapat kemudahaan untuk berniaga menggunakan platform aplikasi ‘MyDesa’. Aplikasi ini adalah perniagaan antara komuniti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: