Perbincangan bertajuk ‘Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963’
11 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 10 September 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Bukit Tandak telah mengadakan perbincangan secara live sempena sambutan Hari Malaysia bertajuk ‘Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963’ yang dibincangkan bersama PIK Gong Kulim, Jeram dan Selising. Perbincangan ini bermula dari pukul 3.30 petang hingga 4.30 petang pada Jumaat lalu. Tujuan perbincangan ini dijalankan adalah untuk menyampaikan kepada semua penonton tentang bagaimana idea pembentukan Malaysia ini tercetus terutama Negeri Sarawak dan Borneo Utara.
Sepanjang perbincangan ini berlangsung terdapat beberapa topik utama antaranya, faktor, langkah, tokoh pemimpin serta nilai dan pengajaran. Sebagai makluman, dalam perbicangan ini faktor yang diberitahu kepada penonton adalah tentang jaminan keselamatan negara, peningkatkan kemajuan sosioekonomi dan keseimbangan perkauman, Bagaimanapun, terdapat tujuh langkah-langkah bagi membentukan Malaysia daripada Mei 1961 sehingga 16 September 1963. Selain daripada itu, perbincangan ini juga memberitahu tentang nilai dan pengajaran yang boleh diambil adalah seperti cara permuafakatan antara pemimpin negara. Sebagai contoh, kerjasama antara wakil kerajaan Britsh, Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak Bornoe Utara dan Singapura memberi kerjasama serta kefahaman yang sama tentang idea pembentukan Malaysia. Seterusnya dalam pembentukan Malaysia ini juga, penonton dapat mengambil pengajaran tentang cara sistem demokrasi yang betul, bijak merancang strategi dan melalui pembentukan Malaysia juga dapat membentuk perpaduan kaum.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: