Cara Pendaftaran 'MYFutureJobs' Melalui Atas Talian
16 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 15 September 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Bukit Tandak telah mengadakan perkongsian secara fizikal iaitu kelas mendaftar Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9). Perkongsian ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Tujuan program ini dijalankan untuk membantu peserta menggunakan sistem yang canggih dan berkapasiti tinggi serta dilengkai teknologi yang terkini untuk memenuhi keperluana semasa dan masa depan peserta khususnya permohonan pekerjaan. Setiap peserta akan diberi maklumat tentang cara penggunaan sistem ini.
Pertama, permohonan akan dipaparkan secara automatik apabila peserta mendaftar masuk ke dalam sistem SPA9. Kedua, peserta akan membuat semakan kelayakan melalui sistem. Setiap kelayakan yang dipaparkan adalah bersesuaian berdasarkan bidang pengkhususan peserta dan peserta boleh memilih jawatan mengikut kelayakan yang dimiliki.permohonan akan dipaparkan secara automatik apabila peserta mendaftar masuk ke dalam sistem SPA9. Seterusnya, setiap proses tapisan peserta akan dilakukan dengan lebih cepat kerana maklumat lengkap dapat diperoleh melalui sistem SPA9 ini. Hal ini dapat memudahkan peserta untuk menunggu panggilan daripada pihak SPA9 untuk proses seterusnya. Sepanjang sesi penerangan ini, peserta juga mendapat pendedahan tentang aduan kesilapan semasa membuat permohonan. Ini kerana, setiap maklumat yang dimasukkan kedalam sistem SPA9 akan dikesan terus melalui sistem teknologi yang lengkap.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: