Bicara Rohani Mahabbah Rasul ‘Rasulullah Insan Teragung’
13 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti (PIK) Bukit Tandak bersama PIK Gong Kulim, Jeram, Kajang Sebidang dan Semuba telah mengadakan Bicara Rohani Mahabbah Rasul ‘Rasulullah Insan Teragung’ sempena Sambutan Maulidur Rasul pada 12 Oktober 2021 yang lalu. Bicara rohani ini dilangsungkan melalui streamyard live di Facebook bermula dari 11.00 pagi hingga 12 tengahari. Perkongsian ini disampaikan oleh Ustaz Muhamad Aiman Bin Zahari yang merupakan seorang ahli Asatizah Aswaja Kelantan dan Pelajar Jurusan Syariah Islamiyah, Universiti Al Azhar.
Tujuan utama bicara ini diadakan adalah untuk memperingati keputeraan Nabi Muhammad yang disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah. Selain daripada itu, bicara ini ingin menyampaikan tentang keyakinan dan kecintaan kita terhadap Rasulullah SAW. Sepanjang perbicaraan ini berlangsung, Ustaz Aiman juga menyentuh tentang kelebihan fadilat maulidur Rasul antaranya ialah berniat hendak mengadakan Maulud Nabi, keberkatan mengadakan Majlis Maulud dan berselawat.
Bagaimanapun, antara amalan sunat Maulid Nabi yang diberitahu oleh Ustaz Aiman adalah melakukan puasa sunat, mandi sunat, berziarah ke makam Rasulullah SAW, mengerjakan amalan-amalan mulia, memperbanyakkan tasbih dan menghayati sirah Rasulullah SAW. Pada akhir tazkirah, dibuka untuk sesi soal jawab. Soalan dibaca melalui ruangan komen di facebook dan ada juga dari kalangan staf PIK sendiri. Soalan dijawab dengan tenang dan menepati untuk kefahaman pendengar yang bertanya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: