Kelas ICT Microsoft Office Bersama Pelajar Kolej KKTM Pasir Mas
17 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 16 Februari 2021, seorang pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara Pasir Mas telah menyertai Kelas Asas Komputer (Menaip) yang bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Di dalam kelas ini, peserta dilatih meggunakan kemahiran-kemahiran asas komputer seperti aplikasi Microsoft Office (Word). Selain itu, peserta juga dapat meningkatkan kemahiran menaip menerusi latihan yang dijalankan di dalam kelas dan ia juga dapat menggalakkan pelajar menggunakan komputer dalam proses pembelajaran.
Kami di Pusat Internet Komuniti Bukit Tandak menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pelajar mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kelas seperti ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan pendedahan yang lebih menyeluruh tentang bagaimana untuk mencapai matlamat klik dengan bijak (KDB) menerusi taklimat KDB yang disampaikan. Antara latihan yang diajar kepada peserta adalah cara memasukkan gambar secara online atau offline, cara-cara memasukkan komen di Ms Word, memasukkan jadual, bentuk dan membuat kertas kerja.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: