Kelas Microsoft Office
15 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 14 Mac 2021 (Ahad), telah diadakan Kelas Microsoft Office kepada pelajar universiti. Kelas ini diadakan bagi memberi penerangan tentang penggunaan Microsoft Word, Power Point dan Excel bagi membantu pelajar untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah mereka. Pelajar juga diberikan tugasan untuk menguji kefahaman beliau tentang apa yang di pelajari. Kami di Pusat Internet Komuniti Bukit Tandak menyediakan kemudahan internet supaya dapat membantu para pelajar untuk mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan.
Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kelas ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan pendedahan yang lebih menyeluruh tentang matlamat utama Pusat Internet Komuniti ditubuhkan iaitu untuk merapatkan jurang antara pelajar-pelajar di luar bandar dan juga di bandar. Selain itu, turut diselitkan Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) agar pelajar sentiasa berwaspada ketika melayari internet dan sentiasa menyemak setiap maklumat yang diperolehi bagi mengelakkan penyebaran maklumat palsu.
Antara aktiviti yang disediakan semasa program ini dijalankan adalah :
- Pengenalan mengenai Komputer dan Internet
- Sesi Pembelajaran Microsoft Office Word 2013 (basic)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: