MySalam - Tuntutan Berkaitan Covid19
9 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 8 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Bukit Tandak telah mengadakan perkongsian video tentang cara untuk membuat tuntutan covid di MySalam sebanyak RM50 sehari dan maksimum sehingga 14hari sahaja. Hanya beberapa perkara yang perlu diisi contohnya surat keluar wad dan salinan kad pengenalan. Tujuan video ini dibuat bagi memudahkan komuniti yang dimasukkan ke wad akibat covid boleh cuba membuat tuntutan sendiri. Video ini dikongsi dipautan link : Link Video . Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 6.8 juta individu rakyat Malaysia. Semoga video ini bermanfaat. Untuk sebarang hebahan atau video-video perkongsian boleh layari FB PAGE PIK di link : FB Link
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: