Kursus Microsoft Office Power Point (Permulaan)
12 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 11 Januari (Isnin), 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari telah diadakan kursus Microsoft Office permulaan secara individu bersama seorang pelajar Tingkatan 3 SMK Baroh Pial. Beliau menunjukkan semangat ingin belajar dengan baik dan cepat memahami apa yang diajar.
- Meningkatkan keupayaan peserta dalam ilmu pengetahuan teknologi maklumat
- Penerangan mengenai cara memasukkan gambar dan penggunaannya yang terdapat di dalam Microsoft Office Power Point.
- Peserta diajar cara-cara membuat animasi dan pergerakan slide secara teratur.
- Belajar membuat graf dan jadual dengan lebih mudah.
- Peserta diajar cara-cara menyimpan (save) dokumen.
- Sesi Q & A
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: