PUDO Site Visit @PIK Bukit Tandak Kelantan
17 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 16 Mac 2021 (Selasa), MCMC Cyberjaya telah mengadakan satu lawatan dan taklimat di PIK Bukit Tandak pada jam 3.00 petang hingga 5.30 petang. Lawatan ini bertujuan untuk :
- Bagi memahami operasi di PIK Bukit Tandak terutamanya operasi kurier Skynet
- Operasi PUDO Skynet di Rantau Panjang dan di PIK Bukit Tandak serta aktiviti ekonomi yang menyumbang kepada penggunaan perkhidmatan PUDO
- Kelebihan dan cabaran perkhidmatan PUDO berdasarkan permintaan dan kecenderungan penggunaan PUDO di kalangan penduduk setempat
- Potensi bagi perluasan perkhidmatan PUDO khususnya bagi tujuan kegiatan ekonomi dan kesejahteraan penduduk
- Mendengar perkongsian pengalaman penduduk dan usahawan setempat yang kerap menggunakan PUDO di PIK Bukit Tandak
Pada hari tersebut juga, PIK menjemput seorang usahawan PIK yang selalu menggunakan perkhidmatan kurier dan seorang pengguna tetap skynet. Mereka berkongsi tentang produk dan servis skynet di PIK samada baik atau sebaliknya.
Antara aktiviti yang disediakan semasa program ini dijalankan adalah :
- Pembentangan dari Penolong Pengurus PIK
- Sesi Soal Jawab
- Lawatan ke Kampung Felcra Bukit Tandak
- Jamuan makan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: