Panduan Asas Membuat Poster Produk Menggunakan Aplikasi Canva
11 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniPada 10 Mac 2021, Pusat Internet Komuniti Bukit Tandak telah mengadakan kelas asas untuk usahawan desa membuat poster produk dengan menggunkan aplikasi Canva. Sesi tersebut dikendalikan oleh Penolong Pengurus PIK Bukit Tandak iaitu Pn Rohaida. Ianya bertujuan untuk memberi perkongsian tentang cara untuk usahawan membuat reka bentuk produk dengan lebih mudah, menarik dan jimat Selain itu, sesi ini juga dapat membantu usahawan untuk mempromosikan produk supaya lebih dikenali dan secara tidak langsung program sebegini dapat memberi suntikan semangat kepada usahawan desa atau setempat untuk mempromosikan produk mereka secara lebih meluas.
Sepanjang sesi ini, staff PIK Bukit Tandak banyak menunjukkan cara untuk melayari laman web canva.com, teknik pemilihan reka bentuk, cara meletakkan ayat-ayat promosi yang menarik dan teknik pemilihan gambar yang menarik. Perkongsian ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada usahawan desa bahawa PIK bukan sahaja tempat untuk melayari internet tetapi sebagai Pusat pelbagai maklumat. Diharapkan agar program sebegini dapat membuka lebih banyak peluang pemasaran kepada usahawan dan bakal usahawan setempat sejajar dengan perkembangan ICT yang semakin meluas penggunaannya.
Antara aktiviti yang disediakan semasa program ini dijalankan adalah :
- Pengenalan mengenai Komputer dan Internet
- Sesi Pembelajaran Microsoft Office Word 2013 (basic)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: