Program Sumbangan Prihatin Kepada Ibu Tunggal/Duda & Sumbangan Buku Kepada Kanak-Kanak
24 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 23 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Bukit Tandak telah mengadakan program sumbangan prihatin kepada ibu tunggal/duda dan sumbangan buku kepada kanak-kanak kerjasama dari pihak KRT Bukit Tandak dan PSBM Malaysia. Program ini diadakan di Dewan Felcra Bukit Tandak bermula dari jam 11.00 pagi hingga 1 tengahari. Seramai 50 orang bagi golongan ibu tunggal/duda yang terlibat manakala seramai 50 orang adalah golongan kanak-kanak.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk meringankan beban kepada peserta di kawasan komuniti Bukit Tandak yang kurang berkemampuan di dalam keadaan endemik sekarang. Selain daripada itu, program ini juga telah mengadakan Majlis Perasmian Pejabat PSBM Cawangan Rantau Panjang bagi memudahkan komuniti untuk membuat sebarang urusan. Sepanjang program ini berlangsung, peserta juga mendapat pendedahan tentang kebaikan program ini diadakan. Antaranya memberi semangat dan nasihat kepada peserta memandangkan keadaan ekonomi Negara kurang baik akibat pendemik Covid19. Selain daripada itu juga, program ini dapat mengeratkan silaturahim antara peserta, pihak PSBM Malaysia dan NGO yang terlibat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: