Cara Mengisi Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat
30 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPada 29 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Bukit Tandak telah mengadakan perkongsian secara fizikal tentang cara untuk membuat permohonan rumah mesra rakyat secara atas talian di laman web (SPNB). Perkongsian ini bermula pada jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Tujuan program ini dijalankan untuk memberitahu kepada sesiapa yang layak dan berminat untuk memohon rumah dibawah syarikat SPNB jika peserta belum memiliki rumah sendiri. Di dalam sesi ini juga, Staf menerangkan kepada peserta tentang syarat dan dokumen yang diperlukan sebelum dihantar ke pejabat. Selain itu, yang belum memiliki akaun gmail, staf turut berkongsi cara untuk membuat akaun gmail dan membuat surat pengakuan tidak memiliki rumah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: