Kursus Latihan Pembangunan Usahawan Berpretasi Tinggi (Siri iii)
10 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 8 - 9 Oktober 2021, kursus ini dianjurkan oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Nera bagi melatih Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet (Maxis) Kelantan dari segi Latihan Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi bertajuk Pengurusan Kewangan dalam Musim Pandemik (Siri iii). Kursus ini diadakan di Pusat Internet Komuniti melalui saluran Google Meet. Kursus ini bermula dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari selama 2 hari melibatkan seramai 30 orang Pengurus dan Penolong Pengurus di Kelantan.
Tujuan kursus latihan ini dijalankan adalah untuk menyampaikan ilmu keusahawanan yang boleh digunakan oleh staf PIK serta disampaikan kepada komuniti setempat. Selain itu, ianya meningkatkan kemahiran staf PIK dalam ilmu keusahawanan dan melahirkan staf PIK yang berkemahiran dan berpengetahuan. Antara kebaikan kursus ini dijalankan adalah ianya sesuai untuk staf PIK menyampaikan kepada komuniti terutamanya usahawan tentang cara untuk merancang perniagaan terutama dimusim pendemik. Bukan itu sahaja, ianya boleh mencorak semula struktur ekonomi usahawan dan mengkaji keberkesanan perniagaan yang dijalankan atau akan dijalankan. Staf PIK juga dapat menambah ilmu tentang keusahawanan dan boleh meningkatkan kemahiran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: