Kursus Latihan Pembangunan Usahawan Berpretasi Tinggi (Siri iii) – Mengurus Tadbir Pasukan
23 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 22 Oktober 2021, kursus ini dianjurkan oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Nera bagi melatih Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet (Maxis) Kelantan dari segi Latihan Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi bertajuk Mengurus Tadbir Pasukan. Kursus ini diadakan di Pusat Internet Komuniti melalui saluran Google Meet. Kursus ini bermula dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari melibatkan seramai 30 orang Pengurus dan Penolong Pengurus PIK Maxis Kelantan. Tujuan kursus latihan ini dijalankan adalah untuk menyampaikan ilmu tentang cara untuk mengurus tadbir pasukan@organisasi.
Antara kebaikan kursus ini dijalankan adalah :
- Dapat mempelajari tentang ‘Team Building’
- Mampu membina interaksi yang berkesan dalam memajukan organisasi dan mencapai maklumat
- Dapat mewujudkan kesefahaman antara satu sama lain
- Sesuai untuk staf PIK menyampaikan kepada komuniti@ sesebuah organisasi
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: