Kelas Penggunaan Whatsapp Business (Individu)
10 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 9 September 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Bukit Tandak telah mengadakan perkongsian secara fizikal iaitu kelas penggunaan ‘Whatsapp Business’ (individu). Perkongsian ini bermula dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Tujuan program ini dijalankan untuk membantu dan memudahkan peserta berurusan dengan pelanggan lebih cepat. Hal ini kerana fungsinya sangat sesuai dan diperlukan terutama kepada perniaga online. Sepanjang sesi ini berlangsung, peserta akan diberi penerangan dan belajar mengenai ‘whatsapp business’ lebih mendalam.
Selain daripada itu, peserta akan diberi pendedahan mengenai profil perniagaan. Berdasarkan aplikasi ini, peserta boleh tukar butiran perniagaan bila-bila masa dan tidak mempunyai had. Antara butirnya seperti nama perniagaan, alamat perniagaan, jenis-jenis, waktu beroperasi, e-mel dan laman sesawang perniagaan. Seterusnya, peserta juga mendapat penerangan tentang aplikasi ini dapat memudahkan mereka untuk berinteraksi menggunakan pautan pendek (short link) dan pesanan ringkas (messaging tools). Ianya seperti pesanan sibuk (away message), pesanan ucapan (greeting message) dan pesan balas (quick reply). Peserta juga diberi maklumat tentang cara membuat katalog perniagaan secara terus di ‘Whatsapp Business’. Katalog ini boleh direka oleh peserta berdasarkan gambar,harga,maklumat perniagaan dan laman sesawang. Dengan cara ini, peserta dapat memudahkan pelanggan dan menjimatkan masa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: