Kelas Microsoft (Word)
25 December 2021 | Aktiviti TerkiniPada 24 December 2021 dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi, 3 pelajar telah menyertai Kelas Asas ICT (Ms Word) di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Tandak. Di dalam kelas ini, pelajar diberikan tunjuk ajar berkenaan pengenalan kepada asas komputer, pengenalan kepada tools yang ada dan sering digunakan di dalam membuat Ms Word serta latihan untuk mengukuhkan pengetahuan dan ilmu yang disampaikan. Pelajar dinasihatkan untuk mengenal pasti skrin di Ms Word, Bar Program – menunjukkan program yang sedang digunakan. Bar Menu – menu di mana arahan disimpan.
Toolbar Standard – ikon pintas arahan-arahan yang kerap digunakan. Toolbar Formatting – ikon pintas arahan-arahan berkaitan dengan format. Butang Tutup – menutup perisian MS Word. Kursor Menaip – lokasi aksara apabila menaip atau memasukkan objek. Skrol Bar Menegak – gerakkan skrin ke atas atau ke bawah. Skrol Bar Melintang – gerakkan skrin ke kiri atau ke kanan. Tujuan kelas ini adalah untuk melatih pelajar meggunakan kemahiran-kemahiran asas dalam Ms Word serta meningkatkan daya kreativiti pelajar menerusi penggunaan perisian-perisian Ms Word.
Di samping itu juga, ia dapat menggalakkan pelajar menggunakan komputer dalam proses pembelajaran serta mendedahkan pelajar kepada dunia ICT dan teknologi. Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Tandak berharap kelas ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan pendedahan yang lebih menyeluruh tentang bagaimana untuk mencapai matlamat Kementerian Pendidikan dan MCMC bagi merapatkan jurang antara golongan luar bandar dan bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: