Kursus Microsoft Office (Word)
18 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 17 Januari 2021, PIK Bukit Tandak telah mengadakan kursus asas komputer bagi pelajar SMK Baroh Pial bertempat di Pusat Internet Komuniti Bukit Tandak. Kursus ini diadakan selama 2 jam yang bertujuan memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian dalam komputer untuk dipraktikkan atau digunakan dimasa akan datang selain untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang program Klik Dengan Bijak (KDB) kepada peserta.
Peserta diajar menggunakan perisian dalam komputer iaitu Microsoft (Ms) Word. Mereka dilatih supaya mahir menggunakan Ms office tersebut serta mampu menghasilkan kerja yang bagus dengan meminimakan kesalahan ejaan, penggunaan simbol-simbol dan ikon yang terdapat di dalam Ms Word tersebut. Untuk menambah kemahiran mereka, satu tugasan diberikan untuk membuat surat dan kertas kerja menggunakan perisian MS Word. Diharapkan peserta mendapat manfaat dari kelas pembelajaran ini seterusnya dapat digunakan pada masa hadapan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: