Cara Pengisian & Memuat Naik Borang Menggunakan 'Google Form'
14 Januari 2022 | Aktiviti Terkini‘Google Form’ merupakan ‘form’ atau borang yang dapat membantu peserta untuk membuat sebarang tinjauan, rancangan untuk acara, membuat kuiz ataupun mengumpul maklumat-maklumat dengan cara yang mudah dan tepat. ‘Google Form’ juga boleh dijadikan sebarang pertanyaan seperti pertanyaan pilihan berganda, pertanyaan skala dan lain-lain. Bukan itu sahaja, ‘Google Form’ juga boleh ditampilkan dengan pelbagai tema yang boleh diakses dengan mudah.
Pada 13 Januari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Tandak telah mengadakan cara pengisian dan bagaimana untuk memuat naik borang menggunakan ‘Google Form’. Kelas ini diadakan di PEDi Bukit Tandak bermula jam 15.00 petang hingga 16.00 petang. Tujuan kelas ini dibuat kerana ingin memberitahu tentang cara penggunaan ‘Google Form’ untuk tujuan pengisian maklumat serta cara memuat naik borang dan dokumen peserta.
Antara butiran kelas seperti berikut:
1. Penerangan mengenai ‘Google Form’
2. Memberitahu tentang cara penyimpan maklumat yang perlu di destop komputer bagi memudahkan untuk sesi memuat naik dokumen dalam ‘Google Form’
3. Penonton diajar cara mengisi maklumat peribadi di ‘Google Form’
4. Seterusnya cara untuk memuat naik dokumen peribadi di ‘Google Form’
5. Sesi Q&A
Kelebihan kelas ini dibuat untuk memberi pendedahan kepada peserta cara penggunaan komputer, belajar untuk menyimpan dokumen dan cara untuk mengambil dokumen ke dalam ‘Google Form’. Bukan itu sahaja, peserta juga diberi penerangan tentang penggunaan dan kelebihan ‘Google Form’. Terakhir, peserta juga dapat belajar untuk mengisi dan cara memuat naik dokumen ke dalam ‘Google Form’ dengan mudah dan ringkas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: