Tutorial Menyemak Nombor Telefon & Nombor Akaun Scammer Melalui Semak Mule
16 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 15 January 2022 dari jam 10.00 pagi hingga 10.30 pagi, PEDi Bukit Tandak telah berkongsi satu video tentang cara untuk menyemak nombor telefon dan nombor akaun ‘scammer’ melalui Semak Mule ( https://semakmule.rmp.gov.my/ ). Sebagai makluman, pembayaran secara atas talian kini semakin mudah. Walaupun begitu, peluang inilah yang digunakan oleh ‘scammer’ untuk memperdaya mangsa. Bukan itu sahaja, pelbagai taktik licik digunakan oleh pihak tidak bertangganungjwab. Oleh itu, aplikasi Semak Mule adalah aplikasi yang boleh dielakkan daripada menjadi mangsa ‘scammer’. Aplikasi ini dibangunakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) PDRM melalui Semak Mule, orang awam boleh menyemak akaun penipu sama ada menggunakan nombor akaun atau nombor telefon.
Antara perkara yang diberitahu adalah seperti:
1. Penonton diberi penerangan tentang portal Semak Mule
2. Peserta didedahkan tentang cara untuk menyemak
3. Penerangan tentang tiga jenis semakan antaranya Akaun Bank, Nombor Telefon dan Kad Pengenalan
4. Semakan maklumat yang akan dipaparkan tentang akaun dinyatakan diantara tiada laporan @ terdapat laporan
Tujuan kelas ini adalah untuk memberitahu orang awam tentang cara untuk menyemak akaun atau nombor telefon daripada mana-mana pihak tidak bertanggungjawab ‘scammer’. Jadi penonton haruslah membuat semakan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan selanjutnya. Sekiranya tidak pasti, boleh dapatkan rujukan dimana-mana balai polis berdekatan. Akhir sekali, diharapkan perkongsian harini dapat memberi banyak manfaat kepada penonton supaya lebih berhati-hati.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: