Tutorial Mengedit Gambar Menggunakan Aplikasi Snapseed
19 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 18 January 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Tandak telah berkongsi video tentang cara mengedit gambar menggunakan aplikasi Snapseed di Facebook Page PEDi Bukit Tandak. Perkongsian ini bermula jam 16.00 petang hingga 17.00 petang. Sebagai makluman, tujuan perkongsian ini dibuat untuk memberi pendedahan tentang kelebihan penggunaan Snapseed terutama golongan usahawan. Hal ini dapat membantu usahawan memastikan setiap gambar atau iklan mereka kelihatan lebih profesional dan menarik.
Sedikit perkongsian aplikasi Snapseed merupakan aplikasi khas untuk mengedit gambar dengan menggunakan gerak isyarat meleret ‘swiping gestures’ dengan hanya memilih berbezaan antara kesan dan peningkatan setiap gambar. Sebagai alternatif, pengguna boleh memilih pelarasan warna secara automatic. Selain itu, Snapseed juga boleh menyimpan sejarah penggunaan. Seterusnya, antara senarai kegunaan Snapseed adalah fokus tengah, bingkai, mengubah saiz gambar dan warna terhadap gambar. Bukan itu sahaja, pengguna boleh mengimport gambar RAW untuk pengeditan yang berkualiti lebih baik. Terakhir, penonton juga diterang tentang beberapa perkara seperti berikut:
1. Penonton diberi penerangan aplikasi Snapseed
2. Peserta didedahkan tentang cara untuk pemindahan gambar ke dalam aplikasi Snapseed
3. Penerangan tentang pelbagai jenis fungsi yang mudah untuk digunakan
4. Penonton diajar tentang cara untuk menyimpan gambar selepas selesai mengedit gambar
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: