Tutorial Cara Meletakkan Teks Menggunakan Aplikasi Capcut
19 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniCapcut ( https://www.capcut.net/ ) adalah aplikasi penyuntingan video yang percuma. Aplikasi ini dapat membantu penonton untuk mencipta video yang luar biasa. Setiap potongan, undur dan tukar kelajuan lebih mudah untuk digunakan. Manakala setiap video akan lebih cantik dan sempurna untuk dilihat.
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Tandak telah berkongsi video tentang cara meletakkan teks menggunakan aplikasi Capcut. Perkongsian ini diadakan pada 18 January 2022 di Facebook Page PEDi Bukit Tandak dari jam 17.00 petang hingga 18.00 petang. Tujuan perkongsian ini dibuat adalah untuk memberi pendedahan kepada usahawan, guru-guru ataupun pelajar tentang cara yang senang untuk meletakkan teks di setiap video bagi menarik perhatian orang ramai.
Capcut adalah aplikasi yang senang digunakan terutamanya kepada guru-guru. Memandangkan kebanyakkan guru-guru terpaksa berkerja dari rumah, maka untuk menarik minat pelajar untuk melihat atau mendengar setiap pembelajaran, guru-guru disarankan untuk menggunakan aplikasi ini kerana cara penggunaan teks lebih mudah dan menarik. Hal ini dapat menambahbaik setiap video yang ingin dipaparkan kepada pelajar mereka. Bukan sahaja guru, golongan usahawan juga disarankan menggunakan aplikasi ini bertujuan untuk mengiklankan setiap produk mereka.
Sedikit maklumat tentang cara meletakkan teks menggunakan Capcut seperti berikut:
1. Masukkan gambar atau video, kemudian di bahagian Workspace tekan menu Teks
2. Seterusnya, pilih bahagian tambahan teks bagi cara manual
3. Tulis perkataan yang diinginkan seperti – AIR BANDUNG CINCAU SPECIAL
4. Pilih bahagian gaya,kesan dan bentuk animasi
- Gaya, berfungi untuk mengubah font huruf serta warna tulisan
- Kesan, berfungi untuk membuat kesan terhadap tulisan
- Bentuk Animasi, untuk mengerakkan setiap tulisan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: