Klik Dengan Bijak Bersama Pelajar Giatmara
25 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 24 Januari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Tandak telah mengadakan taklimat klik dengan bijak bersama pelajar Giatmara Rantau Panjang Kelantan bertajuk maklumat palsu. Taklimat ini bermula jam 11.00 pagi hinggan 12.00 pagi di bilik latihan PEDi Bukit Tandak.
Tujuan ini untuk menyampaikan taklimat advokasi bagi memberi kesedaran terhadap masyarakat tentang bahayanya penyebaran maklumat palsu dan akibat penyebaran terutama bagi pengguna media sosial. Seramai 11 orang pelajar dari kelas ‘fashion and dressmaking’ (FND) telah mengikuti taklimat ini. Sepanjang taklimat ini disiarkan terdapat beberapa kelebihan antaranya adalah untuk memberitahu peserta supaya lebih berhati-hati dalam setiap maklumat yang ingin disebarkan. Seterusnya, peserta juga perlu mengawasi setiap perkongsian yang ditulis kerana ianya boleh mengurangkan penyebaran maklumat palsu. Terakhir, peserta juga perlu mengetahui tentang keselamatan dan tanggungjawab sebagai pengguna media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: