Bicara Rohani Bersama Ustaz Aiman Zahari bertemakan ‘Memburu Lailatu Qadar’ Kerjasama PEDi Jeram dan Gong Kulim
24 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 23 April 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Tandak telah menjemput Ustaz Aiman Zahari untuk berkongsi cerita tentang memburu lailatul qadar. Bicara ini bekerjasama juga dengan PEDi Jeram dan PEDi Gong Kulim dimana siaran langsungnya di facebook page PEDi Jeram.
Antara yang disampaikan oleh ustaz adalah :
1. Kelebihan Malam Lailatu Qadar:
- Malam yang dikatakan malam yang lebih baik dari seribu bulan
- Malaikat dan Jibril turun ke bumi pada malam tersebut.
- Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga keluarnya fajar.
2. Amalan yang boleh dilakukan pada Malam Lailatul Qadar:
- Melakukan solat malam (Qiamullai).
- Melakukan Iktikaf.
- Berdoa untuk menghapuskan dosa yang lalu.
- Sekurang-kurangnya melakukan solat fardhu berjemaah.
Di akhir program, sesi soal jawab bersama ustaz
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: