Perkongsian Tentang Tip Berkongsi Maklumat
26 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 25 April 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Tandak telah berkongsi video tentang tip berkongsi maklumat. Video ini dimuatnaik di facebook page dan Instagram untuk Menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika.
Terdapat 4 tip untuk berkongsi maklumat iaitu :
1. Sumber
- Adakah sumber itu boleh dipercayai? Siapakah pengarangnya? Apakah latar belakang dan kelayakan pengarang tersebut? Adakah sumber tersebut telah dikemas kini baru-baru ini?
2. Faham
- Fahamkan dan pastikan kejelasannya- Apakah topik yang dibincangkan? Cari fakta, bukan pendapat atau pengalaman semata-mata. Adakah ianya secara mendalam atau ringkas? Kenapa pengarang memulakan topik tersebut? Apa yang mahu dicapai melalui bahan tersebut?
3. Selidik
- Buat carian lebih mendalam- Periksa dan bandingkan dengan sekurang-kurangnya 2 sumber berlainan.
4. Menilai
- Cari keseimbangan. Gunakan pertimbangan yang saksama. Lihat dari sudut berbeza
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: