Kelas Power Point Bersama Pelajar Tingkatan 6 SMK Rantau Panjang
29 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPowerpoint merupakan salah satu aplikasi dari Microsoft yang diperuntukan sebagai media presentasi. Pada dasarnya banyak media presentasi saat ini yang dikembangkan, meski begitu, powerpoint adalah aplikasi yang dianggap lebih mudah untuk digunakan berbanding aplikasi yang lain.
Pada 28 Januari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Tandak telah mengadakan kelas Power point bersama empat orang pelajar tingkatan 6 SMK Rantau Panjang. Kelas ini diadakan di bilik latihan PEDi Bukit Tandak bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Tujuan kelas ini diadakan untuk melatih peserta mengenai cara-cara penggunaan Microsoft Power point. Selain itu, kelas ini dapat memberi pendedahan kepada peserta tentang cara untuk mencari gambar daripada enjin carian Google dan kefahaman setiap komponen yang ada didalam Power point.
Antara fungsi Microsoft Power Point seperti berikut:
1. Dapat melakukan sebuah ‘presentation’ yang mudah difahami
2. Setiap slide dapat dibuat dengan pelbagai bentuk slide yang menarik dengan audio,video,gambar dan animasi serta ‘template’.
3. Dapat menyampaikan setiap perbincangan, masalah serta idea yang lebih mudah untuk didengari
4. Setiap proses pembuatan dan pengaturan power point lebih cekap
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: