Program Adovokasi kafeTEEN – Sudahkan Anda Bersedia?
30 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 29 Mac 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Tandak telah mengadakan program Adovokasi kafeTEEN bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Kelantan. Program ini diadakan melalui Google Meet bersama peserta dari PEDi Mahligai, PEDi Kok Lanas dan PEDi Bukit Tandak selama satu (1) jam bermula 14.30 petang hingga 15.30 petang. Tujuan program ini diadakan untuk menjelaskan tentang Memfokuskan kepada penerokaan perasaan diri tentang kesediaan terhadap hubungan seks dan akibat hubungan seks seperti penyakit jangkitan seksual, pembuangan bayi dan juga kematian ibu yang mengandung.
Sepanjang program ini diadakan, peserta mendapat penerangan tentang empat (4) perkara penting antaranya
- Faktor fizikal – sistem reproduktif tidak matang untuk melakukan sebarang perhubungan, kehamilan dan secara emosi yang tidak mampu untuk peserta hadapi sekiranya tekanan semasa hamis dan dijangkiti penyakit berjangkit.
- Faktor Ekonomi – Tidak mempunyai wang untuk memikul beban sekiranya diri atau pasangan hamil contohnya ( pemeriksaan bulanan, barangan bayi dan kesihtan diri)
- Faktor sosial – Menjadi bahan bual masyarakat
- Faktor Mental/Rohani – Pemikiran belum matang dan belum bersedia untuk setia kepada pasangan/keluarga, tanggungjawab menjadi ibu bapa, menghadapi cabaran kehidupan yang sebenar dan terdedah kepada penderaan atau pengabaian.
Jadi program ini banyak memberi penerangan kepada peserta supaya memahami tentang perhubungan yang sihat, berupaya membuat pilihan yang bertanggungjawab dan bersedia untuk bertanggungjawab sekiranya berlaku perkara yang kurang baik dalam perhubungan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: