Kelas Keusahawanan- Penerangan Tentang Penggunaan Aplikasi Invoice Home
18 February 2022 | Aktiviti TerkiniPada 17 February 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Repek kerjasam PEDi Bukit Tandak dan PEDi KgLawang telah mengadakan kelas keusahawanan tentang penerangan penggunaan aplikasi ‘Invoice Home’. Kelas ini diadakan secara atas talian menggunakan Facebook page PEDi Repek. Kelas ini bermula jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi. Tujuan kelas usahawan ini diadakan untuk memberitahu usahawan tentang penggunaan aplikasi ‘Invoice Home’ dan menerangankan tentang aplikasi ini. Invois ialah dokumen perdagangan yang dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli.
Ia menyebut barangan, bilangan dan harga yang ditetapkan bagi barangan atau perkhidmatan yang diberikan oleh penjual kepada pembeli. Invois menghendaki pembeli itu untuk membayar kepada penjual mengikut terma pembayaran yang ditetapkan. Sesetengan penjual akan memberi tempoh masa kepada pembeli untuk melunaskan pembayaran tersebut. Selain itu, berdasarkan dari sudut pandangan penjual, invois itu adalah invois jualan. Manakala sudut pandangan pembeli invois itu adalah invois belian. Terdapat beberapa jenis invois seperti invois pro forma, memo kredit, invois perdangan dan sebagainya. Namun berdasarkan kelas keusahawan harini, menunjukan satu contoh aplikasi yang senang untuk usahawan menggunanya. Aplikasi ini adalah aplikasi ‘Invoice Home’ invoicehome.com. Aplikasi ini merupakan aplikasi invois yang mudah untuk digunakan oleh usahawan-usahawan tidak mengira dimana berada kerana aplikasi ini percuma dan cepat untuk disiapkan. Berdasarkan aplikasi ini terdapat beberapa langkah iaitu
- Penetapan Email & maklumat usahawan
- Pemilihan corak/ bentuk invois
- Logo
- Tandatangan usahawan/ syarikat
- Dari : Nama syarikat/usahawan & alamat
- Kepada : Nama syarikah/ pembeli & alamat
- Jenis barangan/ perkhidmatan
- Nombor Invois/ Tarikh Invois / Tarikh tamat pembayaran
- Nombor rujukan / Nilai matawang
- Syarat-syarat tambahan
- Simpan & Hantar kepada pembeli
Antara kepentingan Invois adalah invois disediakan dalam tiga salinan, satu salinan asal dihantar kepada pembeli dan dua salinan lain digunakan oleh penjual sebagai rujukan. Seterusnya, invois juga dokumen penting yang boleh digunakan sebagai sumber rekod perakaunan terutama pada penutupan akhir bulan/tahunan. Akhir sekali, rekod perakaunan untuk usahawan lebih teratur dan sistematik
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: