Klik Dengan Bijak - Tahukah Anda Identiti Sebenar Orang di Internet
17 February 2022 | Aktiviti TerkiniPada 16 February 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Tandak telah menyebarkan satu video Klik Dengan Bijak bertajuk ‘tahukan anda identiti sebenar orang di internet’. Perkongsian ini bermula dari jam 15.00 petang hingga 16.00 petang di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Tandak. Tujuan berkongsian ini adalah untuk memberitahu kepada peserta supaya berhati-hati tentang mengenalpasti identiti seseorang di laman sosial dan tidak terlalu terbuka untuk komen sebarangan.
Sebagai maklumat umum, laman media sosial kini sering disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah, hasutan, ugutan atau kandungan berbaur keagamaan dan perkauman serta provokasi yang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan negara. Mereka didorong untuk melalukan perbuatan itu kerana menganggap alam siber selamat daripada dikesan oleh pihak berkuasa dan identiti mereka tidak boleh dicam atau dipalsukan. Kumpulan pelampau politik, agama dan kaum juga menggunakan internet untuk melancarkan propaganda dan menjalankan aktiviti mengikut agenda mereka sendiri.
Dalam hal ini, Malaysia sentiada melindungi hak kebebasan bersuara oleh pengguna internet berdasarkan Artikel 10 – Perlembangaan Malaysia dan jaminan tiada tapisan terhadap Internet berdasarkan Jaminan Bilangan 7 Multimedia Super Corridor (MSC Bill of Guarantees No 7). Namun, ia tidak bererti sesiapa saja boleh menyebarkan fitnah, hasutan dan provokasi dengan sewenang- wenangnya tanpa mengambil kira peraturan dan undang-undang di Negara ini. Pengguna internet tertakluk kepada undang-undang Negara antaranya termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Akta Hasutan 1948 dan Akta Fitnah 1957. Kesimpulannya, setiap individu perlu bertanggungjawab terutama bagi mereka yang suka menggunakan maklumat palsu untuk tujuan jenayah atau mengkhianati. Bukan itu sahaja, sebagai rakyat yang bertanggungjawab, peserta perlu mengenal pasti siapa yang ingin kita berkawan atau tidak. Hal ini kerana di laman sosial pelbagai masalah boleh timbul dan tidak selamat untuk digunakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: