Kelas Microsoft Individu
7 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 06 Mac 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Tandak telah mengadakan kelas Microsoft bersama seorang suri rumah. Kelas ini bermula jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi di PEDi Bukit Tandak. Tujuan kelas ini untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang fungsi-fungsi yang terdapat di Microsoft Office Word dan cara penggunaan ‘keyboard’. Selain itu, peserta juga dilatih untuk membuat jadual bagi memudahkan peserta menaip senarai nama urusan kerjanya. Seterusnya, tujuan kelas ini juga memberi latihan kepada peserta tentang cara membuat kertas kerja dan laporan.
Berikut adalah butiran bengkel:
- Penerangan tentang setiap kompenan ‘keyboard’
- Penerangan mengenai cara memasukkan gambar dan penggunaannya yang terdapat di dalam Microsoft Office Word.
- Penerangan mengenai cara membuat jadual, bentuk dan merge
- Aktiviti menaip dokumen menggunakan format seperti font yang diperolehi daripada carian enjin.
- Peserta diajar cara-cara menyimpan (save) dokumen dan mencetak.
- Sesi Q&A
Seterusnya, antara kelebihan kelas ini adalah peserta yang mahir dalam aplikasi Microsoft Office Word akan memudahkan mereka dalam menyiapkan pelbagai laporan. Bukan itu sahaja, peserta dapat meningkatkan keupayaan dalam ilmu pengetahuan teknologi maklumat. Kelas ini juga dapat memberi kemudahan kepada peserta untuk membuat rumusan pengiraan dan penyimpanan data. Akhir sekali, diharapkan kelas seperti ini dapat membantu peserta dari segi menyiapkan kerja NGO, resume untuk pekerjaan dan sebagainya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: