Kelas Membuat Poster Menggunakan Aplikasi Canva
20 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Tandak telah mengadakan kelas membuat poster menggunakan canva.com. Kelas ini telah diadakan pada 19 Ogos 2022 pada jam 11 hingga 12 tengah hari. Sepanjang kelas ini berlangsung, Staf PEDi menunujukan cara menggunakan aplikasi Canva dengan betul.
Kelas ini bertujuan untuk membantu peserta untuk mencipta poster sendiri dengan menggunakan aplikasi Canva, staf PEDi menggunakan aplikasi Canva kerana aplikasi ini dapat digunakan didalam komputer dan telifon pintar secara percuma. Staf PEDi menunujukkan cara untuk daftar sebagai pengguna baru, staf PEDi menunujukkan cara untuk membuat tetapan saiz mengikut saiz poster perlukan, selain itu Staf PEDi mengajarkan cara untuk menggunakan tool yang berada didalam aplikasi Canva seperti shape tool, text tool, dan cara untuk muat naik gambar dan latar belakang. Staff PEDi menunjukkan contoh cara membuat poster dengan menggunakan semua tool supaya peserta lebih mudah faham, staf PEDi juga mengajar cara untuk muat turun hasil rekaan supaya peserta dapat mencetak keluar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: