Program Advoksi kafeTEEN – Kemahiran Teknik Penolakan
11 February 2022 | Aktiviti TerkiniPada 10 February 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Tandak telah mengadakan Program Advokasi KafeTEEN – Kemahiran Teknik Penolakan bersama peserta di kawasan Kampung Bukit Tandak. Program ini disertai oleh 18 orang peserta bermula dari jam 15.00 petang hingga 17.00 petang melalui Google Meet dan PEDi Bukit Tandak. Tujuan program ini dilakukan untuk mekanisme pelaksanaan melalui program advokasi KafeTEEN yang fokus kepada promosi Aplikasi myKafeTEEN dan Kempen #AmbilTahuBagiTahu serta pelaksanaan program KafeTEEN kepada kumpulan sasar di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang terpilih.
Selain ini, program ini telah diadakan sejak tahun 2021 mengikut sesi program bermula dari kempen pengenalan program dan seterusnya kepada kemahiran teknik penolakan. Untuk kemahiran teknik penolakan adalah untuk memberitahu tentang teknik-teknik penolakan yang harus dipelajari oleh golongan remaja sekarang. Bukan itu sahaja peserta juga didedahkan tentang Abstinen. Untuk makluman penonton, Abstinen ialah menahan diri daripada melakukan hubungan terlarang sebelum berkahwin.
Antara perkara yang diberitahu adalah seperti:
- Pengenalan tentang kepentingan kesihatan dalam perhubungan terhadap golongan remaja dan kempen #AmbilTahuBagiTahu
- Peserta mendengar taklimat tentang sesi Kemahiran Teknik Penolakan yang disampaikan oleh Encik Rozi salah seorang wakil daripada KafeTEEN.
- Pihak KafeTEEN turut menjelaskan tentang apa itu ‘Abstinen’
- Peserta diberi penjelasan tentang keseluruhan untuk teknik penolakan
- Sesi Q&A
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: