Hari Sukan Negara Peringkat Rantau Panjang
8 Oktober 2016 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia Bukit Tandak bukan sahaja pusat untuk komuniti menggunakan kemudahan ICT tapi merupakan pusat sehenti untuk masyarakat mendapatkan ilmu mengenai keusahawanan. Pada 08 Oktober 2016, Hari Sukan Negara peringkat Rantau Panjang telah diadakan di Padang SK Gual Sintok, Rantau Panjang, Kelantan. Program tersebut dirasmikan oleh YB Dato Abdullah Bin Mat Yasim. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah Senamrobik, Merentas Desa, Berbasikal, Boling Padang, Tarik Tali, Tiup belon dan berebut kerusi bagi kanak-kanak. Tujuan program ini diadakan adalah memupuk sikap kesedaran diri mengenai kesihatan diri di kalangan komuniti dan melahirkan lebih ramai rakyat yang sihat dan dapat meningkatkan produktiviti rakyat.
Hari Sukan Negara adalah bertujuan untuk merealisasikan hasrat dan inspirasi Kementerian Belia dan Sukan (kerajaan) bagi menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan sehingga ia menjadi satu budaya hidup mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: